Emel

ppdk_kampusinduk@usm.my

Lokasi

Bangunan H15, Universiti
Sains Malaysia, 11800 USM, P.Pinang

Hubungi Kami

04-653-6693

Pertubuhan Pemulihan
Dalam Komuniti

Peneraju transformasi pemulihan dalam komuniti ke arah harapan baharu dan masa depan bermakna.

Berkonsepkan Training of Trainers

(TOT)

Perkhidmatan intervensi awal

(Early Intervention)

Berintegrasikan kepada pemindahan ilmu

(Knowledge Transfer)

Tentang kami

Pentadbiran Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kampus Induk Universiti Sains Malaysia (USM), komited memberikan perkhidmatan yang efisen dan berkualiti demi meningkatkan kepuasan pelanggan.

USM merupakan universiti awam pertama menubuhkan PPDK dalam kampus yang melibatkan Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan dan Kampus Induk, Pulau Pinang. PPDK yang ditubuhkan telah didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Inisiatif dan usaha ini menujukkan bahawa USM amat perihatin dan serius dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan disamping meningkatkan indeks kegembiraan (happiness index) terhadap warga kampus. Kewujudan PPDK dalam kampus secara tidak langsung membantu meringankan 70 orang staf yang mempunyai anak kurang upaya. Penubuhan PPDK ini dicorakkan melalui by design dan bukannya by chance seperti yang sering ditekankan oleh pihak universiti.

Keunikan PPDK USM yang merupakan model PPDK pertama diusahakan berteraskan Training of Trainers (ToT) di mana operasi dan lokasinya terletak di dalam Institusi Pengajian Tinggi. PPDK Kampus Induk USM mula beroperasi pada tahun 2019 dengan menfokus kepada penjagaan dan pemulihan awal kanak-kanak OKU (early intervention) dan berpotensi berkembang maju dengan tumpuan kepada bidang ketidakupayaan yang kritikal.

PPDK Kampus Induk menggunakan pendekatan bersepadu (integrated approach) melalui kolaborasi kemahiran dan kepakaran daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang berada di dalam USM antaranya adalah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Pusat Pengajian Perumahan Pembangunan dan Perancangan, Pusat Pengajian Perniagaan, Pusat Sejahtera, Institut Perubatan Pergigian Termaju, Jabatan Pembangunan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jabatan Keselamatan USM. Kesemua PTJ ini telah bertindak sebagai rakan libat sama dalam menjayakan projek PPDK ini.

Penubuhan PPDK Kampus Induk USM turut mendapat sokongan padu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) dan Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU). PPDK Kampus Induk USM turut menerima peruntukan geran pengurusan daripada JKMM yang melibatkan pembayaran elaun pelatih, penyelia dan petugas secara tahunan.

Objektif penubuhan PPDK Kampus Induk USM adalah seperti berikut:

i) Memperkasa dan meningkatkan keupayaan anak-anak istimewa dan ibu bapa ke arah kehidupan yang sejahtera melalui kaedah terapi rawatan dan intervensi awal (early intervention).
ii) Menyediakan perkhidmatan dan kemahiran serta konsultansi/rujukan kepada lain-lain agensi yang memerlukan bimbingan dan nasihat dalam proses pemulihan.
  • Memberi bimbingan pengetahuan dan kemahiran kepada ibu bapa berteraskan konsep Training of Trainers (ToT) bagi memastikan proses pemulihan dapat dilakukan secara berterusan.
  • Meningkatkan penyertaan / penglibatan ibu bapa / waris dalam setiap perancangan dan pelaksanaan program pemulihan dan pembelajaran pelatih.
  • Meningkatkan sokongan psikososial dan kesejahteraan ibu bapa / waris serta keluarga melalui perkembangan dan kebolehan pelatih.
  • Menerima dan melayani cadangan / teguran yang diberikan oleh ibu bapa / waris berhubung kaedah pemulihan yang bersesuaian kepada pelatih untuk tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pemulihan.
  • Menyediakan program pemulihan dan pembelajaran mengikut keperluan pelatih bagi meningkatkan kebolehan dan potensi kemajuan dan perkembangan pelatih.
  • Menyediakan persekitaran yang selamat, prasarana, kemudahan yang kondusif dan lengkap bagi tujuan pemulihan dan pembelajaran semua pelatih.
  • Melestarikan proses pemulihan dan pengajaran secara optimum kepada semua pelatih.
  • Menumpukan kepada peningkatan perkembangan motor, kecerdasan fizikal, potensi kebolehan bakat dan pencapaian pelatih dalam aspek pemulihan, minat dan penguasaan akademik mengikut kebolehan pelatih.
  • Melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan cekap dan beretika dalam memberi perkhidmatan, pemulihan dan pengajaran kepada pelatih serta mengamalkan budaya kerja yang cemerlang.
  • Memberikan perkhidmatan yang baik dan mesra serta bertanggungjawab kepada semua pelatih, ibu bapa / waris dan rakan kolaborasi.
  • Meningkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan.
  • Melaksanakan dan mematuhi arahan yang dipertanggungjawabkan oleh Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU), Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).
 
 
Program kami

Program PPDK Kampus Induk

Pihak PPDK Kampus Induk USM menerima kesemua pelatih baharu dengan gembira dan mengharapkan perkembangan yang baik dapat dicungkil melalui potensi-potensi anak-anak istimewa ini demi masa depan mereka .

Pengenalan Makanan Sihat untuk
Kanak-Kanak

Sekolah Baru untuk Kanak-kanak OKU

Aktiviti Skill Motor

Ibu Bapa dan
kanak-kanak OKU

Latihan kemahiran

Team kami

Barisan Profesional yang
Merealisasikan PPDK

Membangun Potensi Mermartabatkan Hak OKU

Menggali Kebolehan Pelatih Serta Mengangkat Martabat Golongan OKU Bersama-Sama Ke Arah Kemajuan/Kecemerlangan Sejagat.

0 +

Jumlah Pelatih Sedia Ada

0 +

Jumlah Pengajar

Acara akan datang

Peluang terbaik untuk anak-anak OKU dengan menyertai aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan meneroka potensi mereka

Sambutan Hari Kemerdekaan

30
Ogos

OBJEKTIF PROGRAM

• Meningkatkan semangat patriotisme anak-anak

• Menggali potensi dan bakat melalui aktiviti/pertandingan yang disediakan.

• Pendedahan kepada anak-anak tentang suasana kemeriahan sambutan kemerdekaan. 

• Mengukuhkan hubungan baik dan mengeratkan keakraban antara pelatih, ibu 

bapa/penjaga, petugas dan penyelia PPDK Kampus Induk USM bersama jemputan.

Program Melatih Anak Melukis

18
Ogos

Program Sand Therapy

17
Ogos

Sambutan Hari Kanak-kanak

10
Sep

Sensory Motor Camp Terapi Renang

28
Sep

Info Terkini

Dapatkan info-info terkini melalui liputan facebook kami.

No feed found with the ID 1. Go to the All Feeds page and select an ID from an existing feed.

Yuran & Status Pembayaran

Ketahui lebih lanjut tentang yuran yang ditawarkan serta penyemakan status pembayaran.

Hubungi Kami

Follow Us :

Copyright © 2023. All rights reserved.