ppdk_kampusinduk@usm.my
Bangunan H15, Universiti
Sains Malaysia, 11800 USM, P.Pinang
04-653-6693
(TOT)
(Early Intervention)
(Knowledge Transfer)
Pentadbiran Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kampus Induk Universiti Sains Malaysia (USM), komited memberikan perkhidmatan yang efisen dan berkualiti demi meningkatkan kepuasan pelanggan.
USM merupakan universiti awam pertama menubuhkan PPDK dalam kampus yang melibatkan Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan dan Kampus Induk, Pulau Pinang. PPDK yang ditubuhkan telah didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Inisiatif dan usaha ini menujukkan bahawa USM amat perihatin dan serius dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan disamping meningkatkan indeks kegembiraan (happiness index) terhadap warga kampus. Kewujudan PPDK dalam kampus secara tidak langsung membantu meringankan 70 orang staf yang mempunyai anak kurang upaya. Penubuhan PPDK ini dicorakkan melalui by design dan bukannya by chance seperti yang sering ditekankan oleh pihak universiti.
Keunikan PPDK USM yang merupakan model PPDK pertama diusahakan berteraskan Training of Trainers (ToT) di mana operasi dan lokasinya terletak di dalam Institusi Pengajian Tinggi. PPDK Kampus Induk USM mula beroperasi pada tahun 2019 dengan menfokus kepada penjagaan dan pemulihan awal kanak-kanak OKU (early intervention) dan berpotensi berkembang maju dengan tumpuan kepada bidang ketidakupayaan yang kritikal.
PPDK Kampus Induk menggunakan pendekatan bersepadu (integrated approach) melalui kolaborasi kemahiran dan kepakaran daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang berada di dalam USM antaranya adalah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Pusat Pengajian Perumahan Pembangunan dan Perancangan, Pusat Pengajian Perniagaan, Pusat Sejahtera, Institut Perubatan Pergigian Termaju, Jabatan Pembangunan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jabatan Keselamatan USM. Kesemua PTJ ini telah bertindak sebagai rakan libat sama dalam menjayakan projek PPDK ini.
Penubuhan PPDK Kampus Induk USM turut mendapat sokongan padu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) dan Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU). PPDK Kampus Induk USM turut menerima peruntukan geran pengurusan daripada JKMM yang melibatkan pembayaran elaun pelatih, penyelia dan petugas secara tahunan.
Objektif penubuhan PPDK Kampus Induk USM adalah seperti berikut:
Pihak PPDK Kampus Induk USM menerima kesemua pelatih baharu dengan gembira dan mengharapkan perkembangan yang baik dapat dicungkil melalui potensi-potensi anak-anak istimewa ini demi masa depan mereka .
Team kami
Barisan Profesional yang
Merealisasikan PPDK
Penyelia
Penyelia
Pengalaman Kerja: Tadika Wawasan Harmoni, Guru Pendidikan Khas di Pusat Kanak-Kanak Istimewa (PKKI)
Aspirasi: Jika Tidak Digerakkan Pendayung, Manakan Sampan Sampai ke Seberang
Petugas
Petugas
Pengalaman Kerja: Guru praktikal di PPKI SMK Sungai Nibong, Guru Tutor di Pusat Tuisyen Era Professional
Aspirasi: Meneroka Ilmu Pengetahuan Sepanjang Hayat Dalam Pelbagai Bidang Khususnya Bidang Pendidikan Khas dan Menjadi Seorang Pendidik Yang Mempunyai Pelbagai Pengetahuan dan Kemahiran Dalam Bidang Pendidikan
Petugas
Petugas
Pengalaman Kerja: Guru Bahasa Melayu di Pusat Tuisyen Cergas Jaya, Guru Pendidikan Khas di Pusat Kanak-Kanak Istimewa (PKKI), Guru Tadika di Glorious Kids
Aspirasi: Ilmu Mengatur Pengetahuan, Kearifan Mengatur Kehidupan
Petugas
Petugas
Pengalaman Kerja: Guru Pendidikan Khas di Pusat Kanak-Kanak Istimewa (PKKI)
Aspirasi: Tiada Yang Mustahil
Petugas
Petugas
Pengalaman Kerja: Guru Pendidikan Khas di Pusat Kanak-Kanak Istimewa (PKKI), Guru Ganti Pendidikan Khas di Sekolah Kebangsaan Jalan P.Ramlee
Aspirasi: Everyone Can Learn, Just Not in The Same Day or in The Same Way
Petugas
Petugas
Aspirasi: There are three ways to ultimate success: The first way is to be kind. The second way is to be kind. The third way is to be kind
“Peneraju transformasi pemulihan dalam komuniti ke arah harapan baharu dan masa depan bermakna”
Menggali Kebolehan Pelatih Serta Mengangkat Martabat Golongan OKU Bersama-Sama Ke Arah Kemajuan/Kecemerlangan Sejagat.
Peluang terbaik untuk anak-anak OKU dengan menyertai aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan meneroka potensi mereka
22/7/2024
(Cuti peristiwa program)
Cuti Hari Malaysia
Cuti Deepavali
Cuti Penggal Kedua 16/12/2024 – 31/12/2024
Dapatkan info-info terkini melalui liputan facebook kami.
Ketahui lebih lanjut tentang yuran yang ditawarkan serta penyemakan status pembayaran.